Posts

nasi lemak kukus D-jah viral

Image
Assalamualaikum hi guys! Lama tak update blog.. Hari ni nak update pasal nasi lemak viral di area manjung..nasi lemak D-jah..bagi yang meminati nasi lemak boleh la cuba nasi lemak viral ni yang di jual pada harga rm1 untuk nasi lemak biasa.. Apa ada dalam nasi lemak rm1 ni? Ikan bilis  kacang sambal telur timun Apa yang menariknya tentang nasi lemak ni adalah nasinya di masak dengan cara KUKUS sepenuhnya. Telur nya juga di kukus.. Perniagaan ini dijalankan dua sesi pada waktu pagi Dan juga petang. .Dan ia sangat sangat terhad.. Sesi pagi: Sesi petang: Di sini saya sertakan antara feedback dari pelanggan yang pernah rasa nasi lemak viral D-jah. .Biar gambar berbicara. . So, apa tunggu lagi kalau dah sampai ke kawasan manjung jom cuba nasi lemak viral D-jah ni..nasi lemak ni sangat terhad. .siapa cepat dia dapat..

Nasi Goreng mamak style

Image
Nasi Goreng Mamak style Bahan-bahannya nasi sejuk sebiji telur 2 ulas bawang putih-ketuk 1/2 biji bawang besar-hiris 1 suduT serbuk kari 1 suduT serbuk cili lobak merah sawi kobis 1/2 suduT sos tiram 1 sudu sos cili 1 sudu sos tomato gula tomato buah (sebagai hiasan) Car-caranya panaskan kuali goreng telur hancurkan..ketepikan kuali yang sama tumis bawang putih, bawang merah..campurkan serbuk kari san serbuk cili dalam sedikit air..kemudian masukkan dalam tumisan bawang hingga garing.. masukkan bahan-bahan sos dan sedikit gula masukkan nasi, telur dan sayur-sayuran..kacau rata..hingga nampak berasap.. angkat dan hidangkan P/S: nasi goreng simple ja....nak lagi sedap taburkan bawang goreng

Angel hair goreng tom yam

Image
Assalamualaikum.. Sebenarnye tekak MakYang tak berapa suka makan makanan western yang satu ni..Sejarahnye jadi tersuka makan angel hair ni sebab satu hari tu MakYang kene tinggal di rumah seorang diri, perut pula lapar..cari barang makan kat dapur, yang ada nye angel hair je..buka fridge ada bahan-bahan untuk masak..jadi MakYang olah LA resepi ikut selera tekak MakYang sendiri..MakYang masak ikut bahan yang ada di rumah je..kalau ada yang nak tambah atau tukar bahan-bahan ikut tekak sendiri pun boleh.. Jadi, hari ini MakYang nak kongsi resepi pasta yang menjadi kegemaran MakYang.. Angel Hair Goreng Tom Yam Bahan-bahannya Angel hair pasta-rebus dengan air yang dicampur sedikit garam hingga lembut 3 ulas Bawang putih-ketuk Sebiji Bawang besar-hiris Mix vege (tapi Mak Yang tak letak..nak gantikan dengan kobis Dan sawi pun boleh, ikut citarasa sendiri..) 1 sudu Pes tom yam 1/2 keping Dada ayam-potong dadu 1 sudu teh Cili pes 1 helai Daun limau purut 1 sudu kica

life must go on

Ya Allah, dugaan apa lagi yang harus ku lalui saat ini.. dugaan demi dugaan datang sejak kehilangan aufa.. Allah, rasa dah tak sanggup nak hadapi semua ini.. Kenapa harus aku lalui semua ini..aku tak kuat ya Allah.. Menangis pun tiada gunanya kerana segalanya takkan selesai.. Apa lagi yang harus aku lakukan.. Apa pun hidup harus diteruskan.. Walau susah, walau senang.. Hanya Engkau yang mengetahui suka duka perjalanan hidup ini Ya Allah.. Aku mohon permudahkan urusan ku.. Terima kasih pada orang-orang yang menganiaya diri ini..kerana telah membuatkan aku lebih dekat dengan Mu, Ya Allah.. Moga aku lebih tabah menghadapi segala ujian Mu ini..

Sup ikan simple

Image
SUP IKAN SENANGIN Bahan-bahannya ikan senangin bawang putih bawang merah halia kulit kayu manis bunga lawang bunga cengkih buah pelaga serai daun limau purut jus limau kasturi garam dan gula (sebagai perasa) air cara-caranya masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai, bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga dan air.. rebus hingga naik bau.. bila air rebusan menggelegak, masukkan ikan dan reneh hingga ikan tadi masak..tapi jangan terlalu lama..agak agak je.. akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa 

Nasi Goreng Shitake

Image
NASI GORENG SHITAKE Bahan-bahannya Nasi putih Ayam-potong dadu Cendawan shitake  Bawang besar-hiris Bawang putih-tumbuk kasar Cili padi Sos tiram Telur Minyak masak Garam Dan gula (sebagai perasa) Cara-caranya Panaskan minyak goreng ayam separuh masak kemudian ketepikan. Goreng telur kemudian ketepikan. Tumis bawang putih, bawang besar, Dan cili padi hingga naik wangi.  Masukkan ayam yang separuh goreng tadi..masukkan cendawan shitake Dan sos tiram..masukkan telur goreng tadi. Kemudian masukkan nasi, kacau rata..akhir sekali masukkan garam secukup rasa..hidangkan bersama timun sebagai ulam.. Tips : untuk cendawan shitake, biasanya shahidah gunakan cendawan shitake kering..rendamkan cendawan semalaman, kemudian baru dipotong. SELAMAT MENCUBA..

Laluan myBas Ipoh...

Image
hari ni nak updates laluan-laluan bas myBas Ipoh..so bagi sesiapa yang datang ipoh nak pusing-pusing ipoh naik bas boleh la gunakan entri ni sebagai rujukan.. T30a :  Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya T30b  : Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya – Chemor T31  : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan Kuala Kangsar - Jalan Chemor-Tanjung Rambutan – Chemor  T32  : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Sultan Azlan Shah Utara - Jalan Bercham - Jalan Tambun – Tanjung Rambutan  T33a  : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Tambun - Jalan Chemor - Tanjung Rambutan – Chemor  T33b  : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima B