Aufa Nur Delisha

Bissmillahirrohmannirrohim..
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah, lagi maha mengasihani..

Tatkala menulis entri ini, hati terasa sayu..menangis, ya, memang mummy menangis memang itu fitrah perempuan bergelar ibu yang dikurniakan Allah...

Aufa Nur Delisha nama diberi..
Walaupun hadir mu cuma seketika dalam hidup mummy dan daddy, namun itu semua sudah cukup buat mummy dan daddy menyimpan kenangan bersama mu..kehadiran mu tidak sempat melihat dunia..tapi tak mengapa lah kerana di sana lebih indah dan tenang buat mu..

Aufa,
masih terasa dalam perut mummy tendangan dan gerakan comel mu..sungguh mummy masih ingat akan kehadiran mu yang sempat singgah dalam rahim mummy..Allahu, hanya Engkau yang maha mengetahui...

Aufa,
Hanya doa yang mampu mummy dan daddy kirimkan buat mu di sana..kehadiran mu sentiasa di ingatan mummy dan daddy..

Aufa,
pemergian mu dijemput Ilahi menjadi anak syurga yang tiada dosa..Alhamdulillah..Tidak mummy tangisi pemergian mu nak, kerana mummy tahu di sana lebih baik buat mu..

Aufa,
mummy dan daddy sayang Aufa, but Allah lebih menyayangi mu..



In our memory..
Daddy, mummy and Aufa Delisha



love,
your mummy and daddy

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Goreng mamak style

Angel hair goreng tom yam

Laluan myBas Ipoh...

nasi lemak kukus D-jah viral

Sup ikan simple