SEKUJUR TUBUH ITU

Hari ni, aku ikut mama (mak angkat ku) ke Taman Meru, Ipoh menziarahi neighbour lama mama merangkap mak angkat mama satu ketika dulu yang telah kembali ke Rahmahtullah..Innalillahiwainnalillahiroji'un..

Melihat sekujur tubuh kaku itu, mengingatkan aku pada Aufa..Anak mummy yang mummy hanya cium dahinya saat dia siap dimandikan dan dikafankan..Waktu daddy membawa aufa pada mummy, mummy hanya mampu memandang sayu..Tak sempat mummy nak dukung dan peluk Aufa kerana keadaan mummy yang tak mengizinkan..

Aku memandang sekujur tubuh kaku dihadapanku..Terbayang pula jika tubuh kaku itu adalah mak..Andainya mak tahu perasaan aku ketika itu, aku rindukan mak..tapi apa lah daya ku..

hurmmm..hanya ALLAH yang maha mengetahui..Aku melihat sanak saudara serta ahli keluarga arwah menangisi pemergian arwah..Mama juga terasa akan pemergian arwah..Tanpa disedari air mata ku juga hampir tertumpah, saat sekujur tubuh itu ditutupi sehelai demi sehelai kain kapan..Ya, itu lah pakaian terakhir aku juga suatu hari nanti.

Waktu melihat pengurusan jenazah tadi, aku terlihat kelibat seorang yang sangat aku kenali..Ya, itu lah Mak Som (nama panggilan yang sangat di kenali di Pusat Pendidikan Al-Barakah)..Lama tak jumpa Mak Som, aku peluk cium Mak Som tadi, terasa rindu sangat nak mengusik Mak Som lagi...
Alhamdulillah dapat jumpa sekejap pun jadi lah..

Terfikir sejenak, bagaimanakah pengakhiran hidup aku kelak..Allahu, aku berharap pengakhiran yang baik..In shaa Allah..Begitu juga buat mak..Walaupun aku tau aku tak banyak berjasa dengan mak, setiap hari hanya doa yang aku kirimkan..Buat arwah ayah, hanya doa dah sedekah yang dapat ku panjangkan amalannya..Buat Aufa, mummy always doa buat mu sayang..

Aku hanya insan kerdil di muka bumi ini..hanya Allah tempat aku bergantung dan memohon perlindungan juga tempat aku mengadu...

Moga Allah ampunkan dosa-dosa mak.
Semoga Allah mengampunkan juga dosa-dosa arwah ayah, dan arwah nyang tadi..Dan semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman...

Tenang lah mereka di sana..

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Goreng mamak style

Angel hair goreng tom yam

Laluan myBas Ipoh...

nasi lemak kukus D-jah viral

Sup ikan simple