Posts

Showing posts from January, 2018

Angel hair goreng tom yam

Image
Assalamualaikum.. Sebenarnye tekak MakYang tak berapa suka makan makanan western yang satu ni..Sejarahnye jadi tersuka makan angel hair ni sebab satu hari tu MakYang kene tinggal di rumah seorang diri, perut pula lapar..cari barang makan kat dapur, yang ada nye angel hair je..buka fridge ada bahan-bahan untuk masak..jadi MakYang olah LA resepi ikut selera tekak MakYang sendiri..MakYang masak ikut bahan yang ada di rumah je..kalau ada yang nak tambah atau tukar bahan-bahan ikut tekak sendiri pun boleh.. Jadi, hari ini MakYang nak kongsi resepi pasta yang menjadi kegemaran MakYang.. Angel Hair Goreng Tom Yam Bahan-bahannya Angel hair pasta-rebus dengan air yang dicampur sedikit garam hingga lembut 3 ulas Bawang putih-ketuk Sebiji Bawang besar-hiris Mix vege (tapi Mak Yang tak letak..nak gantikan dengan kobis Dan sawi pun boleh, ikut citarasa sendiri..) 1 sudu Pes tom yam 1/2 keping Dada ayam-potong dadu 1 sudu teh Cili pes 1 helai Daun limau purut 1 sudu kica

life must go on

Ya Allah, dugaan apa lagi yang harus ku lalui saat ini.. dugaan demi dugaan datang sejak kehilangan aufa.. Allah, rasa dah tak sanggup nak hadapi semua ini.. Kenapa harus aku lalui semua ini..aku tak kuat ya Allah.. Menangis pun tiada gunanya kerana segalanya takkan selesai.. Apa lagi yang harus aku lakukan.. Apa pun hidup harus diteruskan.. Walau susah, walau senang.. Hanya Engkau yang mengetahui suka duka perjalanan hidup ini Ya Allah.. Aku mohon permudahkan urusan ku.. Terima kasih pada orang-orang yang menganiaya diri ini..kerana telah membuatkan aku lebih dekat dengan Mu, Ya Allah.. Moga aku lebih tabah menghadapi segala ujian Mu ini..

Sup ikan simple

Image
SUP IKAN SENANGIN Bahan-bahannya ikan senangin bawang putih bawang merah halia kulit kayu manis bunga lawang bunga cengkih buah pelaga serai daun limau purut jus limau kasturi garam dan gula (sebagai perasa) air cara-caranya masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai, bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga dan air.. rebus hingga naik bau.. bila air rebusan menggelegak, masukkan ikan dan reneh hingga ikan tadi masak..tapi jangan terlalu lama..agak agak je.. akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa 

Nasi Goreng Shitake

Image
NASI GORENG SHITAKE Bahan-bahannya Nasi putih Ayam-potong dadu Cendawan shitake  Bawang besar-hiris Bawang putih-tumbuk kasar Cili padi Sos tiram Telur Minyak masak Garam Dan gula (sebagai perasa) Cara-caranya Panaskan minyak goreng ayam separuh masak kemudian ketepikan. Goreng telur kemudian ketepikan. Tumis bawang putih, bawang besar, Dan cili padi hingga naik wangi.  Masukkan ayam yang separuh goreng tadi..masukkan cendawan shitake Dan sos tiram..masukkan telur goreng tadi. Kemudian masukkan nasi, kacau rata..akhir sekali masukkan garam secukup rasa..hidangkan bersama timun sebagai ulam.. Tips : untuk cendawan shitake, biasanya shahidah gunakan cendawan shitake kering..rendamkan cendawan semalaman, kemudian baru dipotong. SELAMAT MENCUBA..

Laluan myBas Ipoh...

Image
hari ni nak updates laluan-laluan bas myBas Ipoh..so bagi sesiapa yang datang ipoh nak pusing-pusing ipoh naik bas boleh la gunakan entri ni sebagai rujukan.. T30a :  Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya T30b  : Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya – Chemor T31  : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan Kuala Kangsar - Jalan Chemor-Tanjung Rambutan – Chemor  T32  : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Sultan Azlan Shah Utara - Jalan Bercham - Jalan Tambun – Tanjung Rambutan  T33a  : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima Bukit Gantang - Jalan S. P. Seenivasagam - Jalan Sultan Idris Shah - Jalan Raja Dr Nazrin Shah - Jalan Sultan Azlan Shah - Jalan Tambun - Jalan Chemor - Tanjung Rambutan – Chemor  T33b  : Stesen Bas Ipoh - Jalan Tun Abdul Razak - Jalan Panglima B

Dia lebih mengetahui...

Image
Allahu.. hanya Engkau yang Maha mengetahui perjalanan hidup hamba Mu ini yang penuh berliku..aku hanya mampu bersabar dengan setiap ujianMu.. Aku cuba dan berusaha untuk keluar dari segala masalah ini bersama-sama yang tersayang, namun apakan daya kami..kami hanya manusia biasa.. Mampu kah aku bertahan Ya Rabb.. Segala yang berlaku kepada kami hanya Engkau yang maha mengetahui.. Kami berdiam bukan maksud kami mengalah..bukan kerana kami bersalah.. Bukan sengaja kami membiarkan orang yang memfitnah terus menabur fitnah..yang berbohong terus menabur cerita bohongnya..yang mendengar samada percaya atau tidak itu masalah mereka.. kerana manusia hanya pandai bercakap tapi mereka tiada di tempat kami..mulut tempayan kita boleh tutup tapi mulut manusia? hanya Engkau yang maha mengetahui Ya Rabb... Ya Allah, Aku mohon supaya kami tabah dalam menghadapi segala dugaan dan ujian dari Mu.. Berikan kami kekuatan untuk menempuhi liku liku hidup ini..Aku bersyukur kepada Mu atas segala pe

Sakit

Tahun baru..2018.. It's 7th day in new year.. Only Allah know bout my life.. Sakit aku hanya Allah yang tahu..hanya pada Allah aku boleh mengadu dan menangis..sebab DIA takkan marah bila aku menangis dan mengadu padaNya.. 2017 meninggalkan 1001 kenangan..pahit manis kenangan menjadi memori yang akan aku ingat selagi hayat masih ada.. Ya Allah..terima kasih atas nikmat yang telah KAU kurniakan pada Ku..hanya ENGKAU yang maha mengetahui perjalanan suka duka hidup ini..tabah la wahai hati..ada hikmah disebalik setiap musibah.. Aku ini hanya wanita biasa..punya hati dan perasaan..bila gembira kita akan ketawa..bila sedih kita akan menangis..Susah hati, takut, gembira, marah..semua tu perasaan yang ada pada setiap insan..aku tak tau kenapa bila aku rasa sedih aku dipaksa untuk tidak menangis..kenapa? Allah yang menguji hambaNya..terima la ujian yang DIA beri..kenapa nak salahkan orang lain..aku sendiri tak kuat untuk hadapi semua ini tapi aku tahu ini semua ujian dari Nya untu