Turn back to Allah

Fitrah manusia dijadikan dengan pelbagai perasaan..sedih, gembira, sakit, bahagia, sunyi, takut dan pelbagai lagi..
Dulu bila aku dilanda perasaan perasaan ni, aku banyak menyendiri dan tak banyak bercakap dengan orang dan tak luahkan pada sesiapa pun..rupa-rupanya itu lah yang jadi 'penyakit'. Lama kelamaan apa yang dipendam selama ini menjadi virus dalam kehidupan seharian..
Segalanya telah menyebabkan aku dihimpit dengn pelbagai perasaan hingga aku sendiri tidak dapat atasinye..lama kelamaan apa yang dipendam sudah tidak dapat disimpan lagi..nafas ku jadi sesak, tidur tak menanentu, makan ala kadar hingga menyebabkan kesihatan ku merosot..
Tiada siapa yang tahu melainkan diri ku sendiri Dan Allah..Ya, Allah je yang tahu..masa zaman jahiliyyah ku..aku lupa yang Allah sentiasa ada untuk aku hambaNya yang hina ini..Aku lupa untuk mengadu padaNya seikhlas hati..
TalianNya 4 4 4 3 2 (isyak Zohor asar maghrib subuh) sering ku sahut tp hati ku masih sama..it's must be something wrong somewhere dengan ibadatku..Dan aku tidak menyedarinya, hinggalah Allah memberi ujian kepada ku yang menyebabkan aku terjaga dari lena yang panjang..selama ini ibadatku hanya untuk menyahut panggilan dari Nya..tapi hatiku tiada untukNya..waktu menghadapNya fikiran ku tidak untukNya..Allahuakhbar..betapa malunya aku saat ini pabila mengenangkan kejahilan ku..Sedang Dia maha pengampun dan maha penyayang..Dia memanggil aku yang hina ini supaya kembali mengingatiNya..Dia memberi ujian dan dugaan kepada hamba-hambaNya supaya sentiasa mengingati Nya..
Kadang kita sebagai hambaNya lupa dan leka dengan duniawi..Ingat la dunia ini hanya persinggahan yang sementara, akhirat lah tempat kehidupan yang abadi..Peringatan untuk diriku yang sering alpa...

walau apa pun perasaan kita, walau bagaimana hebat pun dugaan yang datang, turn back to Allah..



Comments

Popular posts from this blog

Nasi Goreng mamak style

Angel hair goreng tom yam

Laluan myBas Ipoh...

nasi lemak kukus D-jah viral

Sup ikan simple