Wonderful Day

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari yang paling indah buat aku..Subhanallah..Cuaca yang begitu cerah, angin bertiup sepoi sepoi bahasa..nyaman terasa bila angin menyapa pipi ku yang gebu..

Lepas subuh tadi terlena, tak sedar dah kepagian rupanya aku..Nasib baik Kak Fatin kejutkan ajak pergi 'joging', if not terlena sampai tinggi matahari la jawabnye..Entah kenapa badan rasa letih sejak semalam..Tak cukup rehat kah? atau tak cukup makan kah? ke letih mental kot, asyik berfikir sampai lupa nak rehat..Tu lah kalau fikir bab dunia memang takkan habis selagi kita bernyawa..

Subhanallah, indah sangat pagi ni..Sambil berjalan perlahan, aku melalui tempat-tempat yang biasa aku singgah suatu ketika dulu..Teringat kenangan lama, hampir menitik air mata..playground itu..Ya playground yang ada di Polo Ground itu buat aku mengimbau kenangan bilamana setiap pagi aku akan bawa si kecil Firas bermain di playground tu..Keseronokkan firas bila aku bawa ke playground tu buat wajah kecilnye ceria dan berseri-seri..masih ingat lagi dialog aku setiap pagi sebab nak pujuk firas supaya tak menangis pagi pagi..

"Adik, nak pergi taman tak?"..Adik, panggilan aku buat Firas..Tapi kadang-kadang aku akan panggil dia dengan nama penuhnye..wan muhammad said firas..dan panggilan manja nye yang aku panggil pula "INTAN PAYUNG"..Macam mana la keadaan intan payung aku yang sorang tu..sekarang dia dah jadi abang..Semoga dia sihat-sihat sahaja dan sentiasa dilindungi Allah..Ameen..Sungguh, aku merindui Firas saat ini..

Bila di taman, dia akan berlari-lari keriangan..Aku juga jadi ceria saat itu..saat bilamana melihat anak kecil keriangan..Firas paling seronok bila daddy ikut ke taman bersama..sebab daddy suka melayan firas..Setiap laluan pejalan kaki /joging aku lalui dengan mengimbau kenangan bersama Firas dan daddy..Ada juga video-video pendek yang aku ambil dan simpan..itu je kenangan yang aku simpan..Kenangan memang tak boleh dilupakan...

Lepas joging, aku dan Kak Fatin balik rumah sekejap..take breakfast then keluar balik..Sempat aku minta Kak fatin singgah ke Tanah perkuburan Islam tempat aufa dikebumikan..

Aufa, today mummy p tengok Aufa..Dah lama mummy tak p tengok Aufa..Rumput pun dah panjang hampir menutupi tanah Aufa..Mummy setiasa doakan Aufa bahagia di sana..Takpe Aufa, Allah lebih sayangkan Aufa dan mummy redha dengan pemergian Aufa..Hanya doa yang mampu mummy kirimkan buat Aufa..

Aku harap supaya aku dan daddy Aufa berfikiran lebih matang, lebih bertanggungjawab dan dekatkan lagi diri dengan Allah swt..Nak mengubah hidup kene mengubah sifat diri sendiri dulu..kematangan..kejujuran, taat dan rasa hormat antara satu sama lain kunci utama dalam rumahtangga..Perkahwina bukan setakat ucapan 'aku terima nikahnye', bukan sekadar untuk menghalalkan hubungan tapi perlu ada kematangan..kejujuran, taat dan rasa hormat antara satu sama lain ni..Dan lagi taat pada perintah Allah..



nota kaki:

"ORANG YANG MEMBETULKAN SOLATNYA ADALAH ORANG YANG BERUSAHA UNTUK PERBETULKAN HIDUPNYA"


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Goreng mamak style

Angel hair goreng tom yam

Laluan myBas Ipoh...

nasi lemak kukus D-jah viral

Sup ikan simple