Dia lebih mengetahui...

Allahu..
hanya Engkau yang Maha mengetahui perjalanan hidup hamba Mu ini yang penuh berliku..aku hanya mampu bersabar dengan setiap ujianMu..
Aku cuba dan berusaha untuk keluar dari segala masalah ini bersama-sama yang tersayang, namun apakan daya kami..kami hanya manusia biasa..

Mampu kah aku bertahan Ya Rabb..
Segala yang berlaku kepada kami hanya Engkau yang maha mengetahui..
Kami berdiam bukan maksud kami mengalah..bukan kerana kami bersalah..
Bukan sengaja kami membiarkan orang yang memfitnah terus menabur fitnah..yang berbohong terus menabur cerita bohongnya..yang mendengar samada percaya atau tidak itu masalah mereka..
kerana manusia hanya pandai bercakap tapi mereka tiada di tempat kami..mulut tempayan kita boleh tutup tapi mulut manusia? hanya Engkau yang maha mengetahui Ya Rabb...

Ya Allah,
Aku mohon supaya kami tabah dalam menghadapi segala dugaan dan ujian dari Mu..
Berikan kami kekuatan untuk menempuhi liku liku hidup ini..Aku bersyukur kepada Mu atas segala pemberian nikmatMu kepada kami..Terima kasih Ya Allah kerana menjaga puteri kami di tempat sebaik-baiknya di sisi Mu..Moga tenang puteri kami di sana..

Ya Allah,
Wahai Dzat yang membolak balikkan hati,
Tetapkan lah hati kami dengan Iman dan Taqwa kepada Mu..

Hanya Engkau tempat kami memohon perlidungan dan tempat kami mengadu..




Comments

Popular posts from this blog

Nasi Goreng mamak style

Angel hair goreng tom yam

Laluan myBas Ipoh...

nasi lemak kukus D-jah viral

Sup ikan simple