life must go on

Ya Allah,
dugaan apa lagi yang harus ku lalui saat ini..
dugaan demi dugaan datang sejak kehilangan aufa..
Allah, rasa dah tak sanggup nak hadapi semua ini..
Kenapa harus aku lalui semua ini..aku tak kuat ya Allah..
Menangis pun tiada gunanya kerana segalanya takkan selesai..
Apa lagi yang harus aku lakukan..

Apa pun hidup harus diteruskan..
Walau susah, walau senang..
Hanya Engkau yang mengetahui suka duka perjalanan hidup ini Ya Allah..
Aku mohon permudahkan urusan ku..

Terima kasih pada orang-orang yang menganiaya diri ini..kerana telah membuatkan aku lebih dekat dengan Mu, Ya Allah..
Moga aku lebih tabah menghadapi segala ujian Mu ini..




Comments

Popular posts from this blog

Nasi Goreng mamak style

Angel hair goreng tom yam

Laluan myBas Ipoh...

nasi lemak kukus D-jah viral

Sup ikan simple